625 KIR Di DUN Batu Kitang Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

KUCHING: Seramai 625 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada lima kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang bersama dengan Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada ketua kaum dan ketua kawasan perumahan masing-masing untuk diedarkan.

Jelas ADUN Batu Kitang, bantuan tersebut adalah insiatif kerajaan negeri membantu golongan B40 dalam meringankan beban semasa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 29 Mei lepas.

KIR yang menerima bantuan tersebut ialah Kampung Bumbok (200) KIR, Kampung Semeba (148) KIR, Kampung Sudat (80) KIR , Kampung Tematu (135) KIR dan Taman Boulder Built (62) KIR. -EDISI UKAS