639 KIR Di Lingga Terima Bantuan Makanan BKSS 6.0

KHAMIS, 10 JUN 2021

LINGGA: Seramai 639 ketua isi rumah (KIR) di seluruh kawasan Lingga pada Rabu menerima bekalan makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0.

Simbolik penyerahan bantuan tersebut disampaikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Daerah Kecil Lingga, Mohammad Firdauz Abdillah kepada ketua kampung serta tuai rumah di kawasan tersebut.

Rata-rata penduduk berasa gembira serta merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas bantuan makanan itu bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).-EDISI UKAS

Share

add comment