7 Kampung Dalam Zon Awat-Awat Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

LAWAS: Sebanyak 437 Ketua Isi Rumah (KIR) yang merangkumi 7 buah kampung dan sekolah di Zon Awat-Awat menerima bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang pada Selasa. 

Antara kampung yang menerima bantuan makanan ini ialah Skim Perumaha, Kampung Bangsal, Kampung Masjid, Kampung Ujung, Kampung Menengah, Taman Anugerah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Awat-Awat. 

Simbolik penyerahan telah dilakukan Setiausaha PBB Cawangan DUN Bukit Sari Awang@Ibrahim Ahmad kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) setiap kampung terlibat. -EDISI UKAS

Share
0