861 KIR Daripada Lima Kampung DUN Tebedu Terima Bantuan Bekalan Makanan

KHAMIS, 10 JUN 2021

TEBEDU: Sebanyak 861 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada lima buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu telah menerima bantuan bekalan makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSSS) 6.0.

Penghantaran adalah melibatkan seramai 16 orang petugas dan pengagihan turut melibatkan sebanyak tujuh buah lori dan tiga buah pacuan empat roda.

Penyelaras Program, Kaunselor Boni Dawel berkata, penerima bantuan amat berpuas hati dengan agihan bantuan yang sangat adil dan saksama tanpa memilih latar belakang yang berbeza.

Tambah beliau, pada kali ini, bantuan tersebut adalah khusus untuk semua KIR yang berada atau tinggal didalam kampung ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, beliau juga amat berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh penduduk ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ini.

Hadir sama, Pegawai Khas Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Patehi Abdul Rahman.-EDISI UKAS

Share

add comment