89 KIR Terima Bantuan Bakul Makanan BKSS 6.0 Di Kawasan Engkilili

KHAMIS, 10 JUN 2021

LUBOK ANTU : Seramai 989 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Engkilili telah menerima Bantuan Bakul Makanan SarawakKu Sayang.

Sumbangan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Majlis Daerah Lubok Antu/Engkilili kepada setiap ketua kaum, ketua kampung dan kapitan Cina yang hadir untuk mengambil bantuan tersebut bagi mewakili penduduk di bawah seliaan masing masing.

Penyerahan secara berperingkat tersebut telah dilaksanakan sejak 7 Jun 2021 dan dijangka siap sepenuhnya sehingga 12 Jun 2021.

Tujuan bantuan bakul makanan BKKS 6.0 tersebut adalah meringankan bebanan penduduk terutamanya golongan B40 yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh itu, penduduk – penduduk setempat  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana prihatin dengan keadaan rakyat ketika ini.-EDISI UKAS

Share

add comment