915 KIR SALCRA Sedarat Terima Bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

ENGKILILI: Pusat Khidmat Gabungan Parti Sarawak (GPS) Engkilili dengan kerjasama Ahli Majlis Daerah Lubok Antu/Engkilili menghantar Bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang kepada penduduk di SALCRA Sedarat pada Khamis.

Bantuan disampaikan kepada ketua kaum untuk diagihkan kepada 915 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan tersebut.

Penyerahan secara berperingkat telah dilaksanakan sejak 7 Jun yang lepas dan dijangka selesai pada 12 Jun ini.

Selain itu, penduduk setempat merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak yang prihatin dengan keadaan rakyat ketika ini. –EDISI UKAS

Share

add comment