KHAMIS, 10 JUN 2021
SRI AMAN : Sebanyak 931 Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh Ladong dan Seduku melibatkan 5 buah kampung dan 12 buah rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menerima bantuan bekalan makanan Sarawakku Sayang, pada Rabu.
Penyerahan bantuan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri bertempat di perkarangan Surau Kebahagiaan Kampung Hilir, Sri Aman kepada Ketua-Ketua Kaum sekitar Kampung Hilir Sri Aman.
Menurut Simoi, pengagihan pada Rabu adalah merangkumi kawasan Ladong, Seduku, Lingga dan Maludam/Triso, manakala bagi kawasan Lemanak, Skait, Gran/ Stumbin dan Tanjung Bijat akan dijalankan pada Jumaat ini.
Hadir sama, Penghulu Abang Norin Abang Noruddin dan Timbalan Ketua Cawangan PBB Lingga, Mohd Yusop Lugom. – EDISI UKAS