ADUN Batu Kitang Serah Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Kepada 509 KIR

KHAMIS, 10 JUN 2021

KUCHING: Seramai 509 Ketua Isi Rumah (KIR) dari lima kampung di kawasan Batu Kitang telah menerima sebanyak 747 Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang kepada ketua kaum dan ketua kawasan perumahan masing-masing.

Sementara itu, ADUN Batu Kitang memberitahu, bantuan makanan tersebut hanya diagihkan kepada golongan B40 yang memerlukan dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

KIR yang menerima bantuan tersebut ialah Kampung Sinar Baru (55) KIR, Kampung Paya Mebi (240) KIR, Kampung Sebuak (60) KIR, Kampung Landeh (61) KIR dan Kampung Betong (93) KIR.-EDISI UKAS

Share
0