ADUN Machan Sumbang Enam Komputer Riba, Lengkapkan Fasiliti PPV

KHAMIS, 10 JUN 2021

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong menyumbang enam buah komputer riba kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kanowit pada Khamis.

Ia telah diserahkan kepada Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kanowit, Usik Ngadan dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kesihatan Hospital Kanowit dan ketua kaum di situ.

Sumbangan ini bagi melengkapkan fasiliti PPV di situ bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses vaksinasi di kawasan itu.-EDISI UKAS

Share

add comment