ADUN Sebuyau Sumbang Bantuan Makanan Kepada Penduduk Yang Dikuarantin

KHAMIS, 10 JUN 2021

SEBUYAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi menyumbang bekalan makanan kepada keluarga yang menjalani perintah kuarantin di Kampung Seberang di sini pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh wakil beliau, Pemanca Asli Yahya.

Manakala bantuan untuk keluarga yang baru habis menjalani kuarantin di Hospital Serian diserahkan kepada Ketua Masyarakat, Wan Alwie Tuanku Mashor.

Sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang terkesan sepanjang tempoh kuarantin dilaksanakan.-EDISI UKAS

Share

add comment