ADUN Simanggang Agih Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

SIMANGGANG: Sebanyak 23 buah kampung yang melibatkan 312 Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh PDM Undop menerima bakul makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi kawasan DUN Simanggang.

Penyerahan simbolik Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis.

Menurut Datuk Francis Harden yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, bantuan bekalan makanan itu adalah bagi membantu isi rumah yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan diagihkan mengikut jumlah isi rumah yang disasarkan.

Dalam pada itu, penerima-penerima bantuan tersebut menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan juga ADUN Simanggang yang memberi bantuan tersebut di mana ianya sedikit sebanyak membantu meringankan beban KIR yang terkesan akibat pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment