Agihan 659 Bantuan Bakul Makanan Kepada Penduduk DUN Kuala Rajang

KHAMIS, 10 JUN 2021

SARIKEI : Sebanyak 659 set bekalan makanan telah disampaikan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang pada Rabu.

Serahan tersebut dilakukan di kawasan Kampung Baru Seberang Sarikei kepada lapan orang ketua kaum untuk diagihkan kepada penduduk di situ.

Sementara itu, ketua kampung ketika ditemui merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan tersebut yang sedikit sebanyak membantu mereka yang terjejas oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).-EDISI UKAS

Share

add comment