KHAMIS, 10 JUN 2021
LAWAS: Sebanyak 226 bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayanng telah diagihkan di enam buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan pada Selasa.
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Gelugus, Kampung Batu 3, Kampung Lumut, Kampung Lumut Laut dan Bukit Suling.
Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong telah menyampaikan bantuan makanan itu secara simbolik kepada setiap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Tuai Rumah masing-masing.
Turut sama Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok. -EDISI UKAS