Bomba Daerah Lawas Bantu Agih Bantuan Makanan Di DUN Bukit Sari

KHAMIS, 10 JUN 2021

LAWAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Lawas telah membantu dalam mengagihkan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari pada Rabu. 

Sebanyak 421 bakul makanan telah diagihkan kepada empat buah kampung dan sekolah iaitu Kampung Punang Jaya, Kampung Punang Lama, Kampung Punang Ulu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Punang di Zon Punang melibatkan 191 buah rumah. 

Sumbangan bantuan makanan ini diserahkan Setiausaha PBB Cawangan DUN Bukit Sari Awang@Ibrahim Ahmad kepada setiap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan yang terlibat. -EDISI UKAS

Share
0