Datuk Julaihi Narawi Sumbang Bantuan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Di Sebuyau

KHAMIS, 10 JUN 2021

SEBUYAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi turut menghulurkan sumbangan bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan menerusi Pusat Khidmat DUN Sebuyau pada Rabu.

Petugas barisan hadapan yang menerima bantuan tersebut adalah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau, Klinik Kesihatan Sebangan, Klinik Kesihatan Sebuyau, Balai Polis Sebuyau dan Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Beliong.

Inisiatif tersebut adalah sebagai tanda sokongan dan meringankan beban mereka yang telah bekerja keras membendung penularan pandemik COVID-19.

Selain itu, para penerima bantuan merakamkan penghargaan kepada Datuk Julaihi atas sumbangan itu. –EDISI UKAS

Share

add comment