Giliran Zon Kuala Lawas Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

LAWAS: Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari diteruskan dan kali ini giliran zon Kuala Lawas menerima bantuan makanan tersebut.

Sebanyak 510 bungkus bantuan makanan diagihkan di Zon Kuala Lawas yang merangkumi 7 buah kampung iaitu Kampung Dato Menengah, Kampung Dato Laut, Kampung Dato Ulu, Kampung Pemukat, Kampung Noor Islam Laut, Kampung Noor Islam Ulu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Seberang, Kuala Lawas. 

Agihan bantuan makanan ini disampaikan Setiausaha Parti PBB Cawangan DUN Bukit Sari Awang@Ibrahim Ahmad kepada Ketua Masyarakat dan ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan-kawasan yang terlibat di Kampung Dato, Kampung Pemukat dan Kampung Noor Islam, Kuala Lawas pada Selasa. -EDISI UKAS

Share

add comment