Hujan Tidak Halang ADUN Batu Danau Sertai Agihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

LIMBANG: Cuaca hujan sepanjang hari tidak mematahkan semangat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang untuk bersama dengan petugas mengagihkan bantuan makanan 18 buah kampung. 

Bantuan makanan ini dihantar ke tiga pusat iaitu di Dewan Terbuka Medamit, Dewan Kampung Bidang dan Dewan Belading pada Selasa.

Di Dewan Terbuka Medamit terdapat 508 orang penerima yang terdiri daripada 9 buah kampung, di Dewan Kampung Bidang 217 orang penerima melibatkan 5 buah kampung dan 4 buah kampung di Dewan Belading dengan 294 orang penerima.

Simbolik pengagihan bantuan makanan telah disempurnakan Paalus kepada setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat. 

Kebanyakan Pengerusi JKKK yang ditemui mengucapakan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas bantuan makanan ini dan inisiatif ADUN Batu Danau yang turut sama menyerahkan bantuan makanan ini. -EDISI UKAS

Share

add comment