Kuatkan Semangat, Frontliners – Ahli Parlimen Rubiah Wang

KHAMIS, 10 JUN 2021

KOTA SAMARAHAN : Menyedari besarnya pengorbanan oleh petugas barisan hadapan semasa pandemik COVID-19, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang telah mengadakan lawatan ke beberapa pos kawalan Sekatan Jalan Raya (SJR) di sekitar Kota Samarahan pada Rabu.

“Kuatkan semangat…Frontliners” merupakan antara pesanan yang telah disampaikan oleh beliau kepada petugas barisan hadapan yang bertugas.

Dalam pada itu, beliau turut menyumbangkan beberapa kelengkapan berupa bekalan makanan dan minuman kepada mereka.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai supaya memberikan kerjasama kepada petugas keselamatan dan kesihatan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Semasa melakukan pemantauan, beliau berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh masyarakat kepada petugas keselamatan dan patuh kepada arahan pihak berkuasa serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). -EDISI UKAS

Share

add comment