Pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Di DUN Ba’kelalan Diteruskan

KHAMIS, 10 JUN 2021

LAWAS: Program pengagihan bantuan makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan diteruskan di beberapa buah kampung pada Rabu. 

Sebanyak 199 bakul makanan telah dihantar di tiga buah buah kampung iaitu Kampung Semadoh Rayeh, Kampung Semadoh Airport dan Kampung  Punang Trusan. 

Turut diagihkan ialah di Kampung Long Tuyo, Tang Pau dan Berayung Tengah dengan jumlah 184 bakul makanan serta Kampung Long Remirang sebanyak 45 bakul makanan. 

Sementara kampung Buduk Rau, Kampung Siang Lama dan Kampung Belunad telah diagihkan sebanyak 172 bakul makanan. 

Penyerahan simbolik bakul makanan ini telah dilakukan Ahli Parlimen Lawas yang juga Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Dato Henry Sum Agong di perkarangan rumahnya pada Rabu. 

Dalam pada itu, pada hari yang sama sebanyak 295 bakul makanan telah diagihkan di enam buah kampung dalam kawasan Jalan Lawas Damit antaranya Kampung Gaya Lama, Kampung Gaya Baru, Kampung Ahamd Takung, Kampung Natad Musu, Kampung Sahabat Baru dan Kampung Lempaki. -EDISI UKAS

Share
0