Simbolik Penyerahan Bakul Makanan BKSS 6.0 DUN Tanjong Datu Selesai

KHAMIS, 10 JUN 2021

LUNDU: Simbolik penyerahan bantuan bekalan makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 telah selesai dihantar kepada 730 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 13 buah kampung di Zon Sampadi pada Rabu.

Sumbangan dihantar ke Kampung Sg Limo, Kampung Sg Langgir /Selengok, Kampung Kangka, Sampadi, Bruan, Sampadi Cina, Kampung Sg Cina, Stoh dan Rambungan Lundu yang akan diagihkan melalui Ketua Kaum Dan Ketua Masyarakat (KMKK) Daerah Lundu.

Pengagihan yang bermula pada Isnin, 7 Jun lepas telah diserahkan di Zon Lundu untuk 2,555 KIR dari 43 buah kampung, perumahan dan kuaters.

Manakala pada Selasa, 8 Jun pula, penyerahan telah diadakan di Zon Sematan untuk 1,301 KIR dari 17 buah kampung.

Jumlah keseluruhan KIR yang menerima bantuan yang diagihkan adalah sebanyak 5,170.-EDISI UKAS

Share

add comment