Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Di DUN Opar

KHAMIS, 10 JUN 2021

LUNDU: Pejabat Daerah Lundu memulakan pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Fasa 1 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar pada Rabu.

Seramai 1,710 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada 29 buah kampung Zon Lundu dan Zon Sematan telah menerima bantuan tersebut.

Penyerahan secara berperingkat kepada ketua kaum untuk diagihkan kepada penduduk sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)terus dilaksanakan pada Khamis. –EDISI UKAS

Share

add comment