138 KIR Di Kampung Seman Ulu Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

JUMAAT, 11 JUN 2021

KUCHING: Seramai 138 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang pada Khamis.

Program penyerahan tersebut disampaikan oleh Ketua Kaum Kampung Panglima Seman Ulu dan Ketua Pemuda Ranting yang diagihkan kepada  penduduk-penduduk kampung mengikut giliran dan dihantar ke rumah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Setiap KIR yang menerima bantuan tersebut adalah berdasarkan senarai yang dipilih oleh Ketua Kaum dan diharap dengan bantuan makanan ini dapat meringankan sedikit bebanan penduduk yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penduduk kampung melalui ketua kaum dan ketua ranting merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang.-EDISI UKAS

Share

add comment