4,780 KIR DUN Katibas Akan Menerima Bantuan Bekalan Makanan BKSS

JUMAAT, 11 JUN 2021

SONG: Seramai 4,780 ketua isi rumah (KIR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas akan menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0.

Wakil rakyatnya, Datuk Ambrose Blikau Enturan telah menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan tersebut tersebut di Song pada Khamis.

Dua Pasukan Bergerak juga telah memulakan pengagihan bantuan kepada KIR di kawasan Tekalit dan Hulu Katibas.

Kerja-kerja pengagihan berjalan dengan lancar dan berterusan sehingga kesemua KIR menerima bantuan.-EDISI UKAS

Share

add comment