480 Warga Emas Dan Golongan Berisiko Tinggi Terima Vaksin Di Daerah Lundu

JUMAAT, 11 JUN 2021

LUNDU: Seramai 480 orang warga emas dan golongan berisiko tinggi di daerah Lundu telah menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer pada Jumaat.

Semasa tinjauan, proses vaksinasi berjalan dengan lancar walaupun keadaan agak sesak.

Turut dimaklumkan, sesi vaksinasi akan datang, kuota dos vaksin COVID-19 setiap sesi dijangka bertambah ke 800 hingga 1000 dos sehari bagi daerah Lundu. – EDISI UKAS

Share

add comment