5 Jam Perjalanan Hantar Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Ke Daerah Ba’Kelalan

JUMAAT, 11 JUN 2021

BA’KELALAN: Perjalanan panjang yang mengambil masa selama 5 jam dengan keadaan jalan yang berbukit tidak menghalang pasukan petugas Pusat Khidmat Parlimen Lawas mengagihkan bantuan makanan Sarawakku Sayang ke Daerah Ba’kelalan. 

Sejumlah 173 bakul makanan diagihkan kepada 10 lokaliti yang terdiri daripada Pa Tawing, Long Kumap, Long Telal Buda, Long Nawi, Long Muda, Long Langai, Punang Kelalan, Long Rusu, Long Lemutut dan Long Ritan pada Khamis.

Bantuan peringkat kedua dijangka sampai pada Jumaat bagi mencukupkan jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) di dalam Daerah Ba’kelalan. 

Daerah Ba’kelalan merupakan kawasan pandalaman terakhir  bagi penghantaran Bekalan Makanan Sarawakku Sayang semasa PKP ini.

Masyarakat di Daerah Ba’kelalan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas tindakan cepat dalam menghulurkan bantuan makanan ini semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.  

Bantuan ini sama seperti yang telah mereka terima sebelum ini selepas menghadapi banjir besar yang berlaku baru-baru ini. -EDISI UKAS

Share
0