54 KIR Kampung Sungai Jernang Terima Bekalan Makanan BKSS 6.0

JUMAAT, 11 JUN 2021

STAKAN: Seramai 54 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Sungai Jernang menerima bekalan makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0 di kawasan DUN Stakan, pada Khamis.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Mohd Ainnie Wahab kepada Kapitan Kampung Sungai Jernang, Thian Nai For.

Beberapa penerima masyarakat Cina yang ditemui merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak dan ADUN Stakan, Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud atas bantuan tersebut yang banyak membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). –EDISI UKAS

Share
0