627 KIR Terima Bakul Makanan Sarawakku Sayang Di DUN Bukit Semuja

JUMAAT, 11 JUN 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus turun padang menyerahkan Bakul Makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 di pusat pengumpulan bantuan yang dilakukan di Balai Raya Kampung Riih Daso pada Jumaat.

Seramai 627 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menerima bantuan adalah daripada Taman Kakai, Taman KuCinta, Kampung Munggu Limo, Kampung Rasau B, Kampung Tangga Pulau Tamba Cina, kawasan BCC Tangga By Pass, BCC Bunga Melor & St Teresa dan Kampung Hulu Serian.

John Ilus memberitahu, pengagihan bantuan bakul makanan tersebut telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai  agensi kerajaan dan bermula sejak 5 Jun yang lepas.

Dalam pada itu, beliau menambah, proses pengagihan bantuan bakul makanan tersebut turut mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai agensi kerajaan antaranya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian, Polis, RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), JKK Kampung, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan petugas Pusat Khidmat DUN Bukit Semuja yang terlibat sepanjang tempoh pengagihan di DUN Bukit Semuja.

Jelasnya lagi, program Bakul Makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 itu bertujuan mengurangkan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat terutamanya golongan B40. –EDISI UKAS

Share

add comment