861 KIR Terima Bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang

JUMAAT, 11 JUN 2021

ENGKILILI: Seramai 861 Ketua Isi Rumah (KIR) di Pentik dan Enteban telah menerima Bantuan Bakul Makanan SarawakKu Sayang pada Khamis.

Simbolik pengagihan bantuan makanan itu telah disampaikan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Francis Harden Hollis.

Menurut beliau, bantuan tersebut adalah bagi meringankan bebanan rakyat yang terkesan dengan langkah kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 29 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Setiap ketua kaum hadir mengambil bantuan tersebut bagi mewakili penduduk di bawah seliaan mereka masing masing dan semua penerima bantuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana prihatin dengan keadaan rakyat ketika ini. –EDISI UKAS

Share

add comment