ADUN Pakan Sertai Kerja Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan BKSS

JUMAAT, 11 JUN 2021

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom menyertai kerja-kerja pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) untuk ketua isi rumah (KIR) kawasan itu pada Khamis.

Ia melibatkan pengagihan bantuan kepada 636 KIR di 37 buah rumah panjang di Dayu.

Pengagihan dihantar terus ke rumah panjang dan diserahkan kepada Tuai Rumah Panjang selaku wakil KIR.

Kerja pengagihan turut disertai Ketua Masyarat di daerah Pakan.-EDISI UKAS

Share

add comment