KHAMIS, 10 JUN 2021
KUCHING : Fokus berterusan dalam membantu penduduk yang terkesan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menjadikan Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sentiasa turun padang meninjau pengurusan bantuan bekalan makanan Sarawakku Sayang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang.
Pada Rabu, bertempat di Pusat Khidmat DUN, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, memastikan setiap bekalan yang akan dihantar kepada ranting-ranting DUN Samariang yang lain disediakan dalam keadaan yang lengkap dan teratur mengikut senarai yang ditetapkan.
Berpuas hati dengan kesemua persediaan dan pengurusan, beliau berharap pengagihan bantuan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sedikit sebanyak meringankan beban penduduk yang benar-benar memerlukan di kawasannya. -EDISI UKAS