ADUN Simunjan Serah Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Di DUN Simunjan

JUMAAT, 11 JUN 2021

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris turun padang menyerahkan Bakul Makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 di Rumah Rehat Sri Simunjan pada Khamis.

Sebanyak 3,156 buah rumah daripada 40 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan akan mendapat bantuan bekalan makanan yang diagihkan secara berperingkat mengikut zon.

Bantuan tersebut adalah susulan Perintah Kawalan Pegerakan yang bermula sejak 29 Mei lepas.

Alwa Dris memaklumkan agihan bantuan makanan telah bermula di Zon Temiang sejak Rabu dan diteruskan dengan agihan di Zon Simunjan Proper.

Manakala, Zon Sungai Apin dan Zon Rangawan diteruskan pada hari berikutnya. –EDISI UKAS

Share

add comment