Guna Kenderaan Pacuan 4 Roda Dan Perahu Hantar Bantuan Makanan Ke Kawasan Pedalaman

JUMAAT, 11 JUN 2021

SEBAUH: Berbeza di kawasan luar bandar, pengangkutan pacuan empat roda dan perahu menjadi pengangkutan utama dalam penghantaran bantuan makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena.

Sebanyak 765 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 62 buah rumah panjang di kawasan Sungai Segaman Pandan, Batang Pandan, Kuala Kuala Binyo, Ulu Binyo dan kawasan Sungai Selezu Pandan menerima bakul makanan Sarawakku Sayang sumbangan Kerajaan Sarawak pada Khamis.

Pengagihan bantuan makanan ini meliputi dua peringkat iaitu jalan darat yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan ladang ke kawasan Hulu Binyo dan jalan balak yang mengambil masa dua jam setengah dari Sebauh ke Bukit Mawang Binyo. 

Dari Bukit Mawang, pengagihan bantuan pula menggunakan jalan sungai dengan menggunakan perahu bagi menghantar bantuan makanan ke 7 buah rumah panjang Hulu Binyo belum dapat dihubungi melalui jalan darat.

Kerjasama baik daripada semua Tuai-tuai Rumah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah banyak membantu menjimatkan masa penghantaran dan melancarkan agihan bantuan ke setiap rumah panjang. -EDISI UKAS

Share
0