Industri Perkilangan Dan Pembuatan Senaraikan Sebagai Perkhidmatan Perlu

JUMAAT, 11 JUN 2021

KUCHING: Industri Perkilangan dan Pembuatan telah disenaraikan sebagai Perkhidmatan Perlu – Sektor-sektor lain dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Sarawak pada 29 Mei 2021 dan dikemas kini 31 Mei 2021. 

Perkara ini dimaklumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan dalam kenyataan pada Khamis. 

Oleh itu, syarikat di bawah kategori Industri Perkilangan  dan Pembuatan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam dan tidak lebih dari 30 peratus kapasiti tenaga kerja dalam satu masa serta tidak perlu memohon kebenaran untuk beroperasi.

Kenyatan itu menambah, jika syarikat di bawah kategori ini yang memerlukan operasi melebihi waktu operasi yang dibenarkan (iaitu melebihi jam 8 malam) atau memerlukan operasi dengan kapasiti tenaga kerja lebih dari 30 peratus pada satu-satu masa, syarikat berkenaan mesti mengemukakan permohonan kepada MINTRED dengan alasan untuk pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. 

Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang mintred.sarawak.gov.my untuk memuat turun borang yang diperlukan.

Sementara itu, untuk keperluan pekerja pergi ke tempat kerja, surat majikan adalah mencukupi.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang dikehendaki melakukan perjalanan antara daerah, persetujuan atau permit Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperlukan. -EDISI UKAS

Share

add comment