Kawasan Pedalaman Di DUN Kakus Terima Bantuan Makanan

JUMAAT, 11 JUN 2021

TATAU: Proses pengagihan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus diteruskan dengan memberi keutamaan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.

Penduduk di kawasan Kakus dan Belungai Tatau menjadi destinasi pengagihan bantuan makanan pada hari keempat, Rabu meliputi 10 buah rumah panjang iaitu Rh Arjey Kenai, Rh Ado Bilong, Rh Jeffry Kitop, Rh Jayan Kanun, Rh Kiah, Rh Degum, Rh Engkulau, Rh Paren, Rh Dasi dan Rh Robert Nuing.

Wakil Pusat Khidmat DUN Kakus Eugene John Sikie bersama Penghulu Allister Ali Digat bersama dengan 7 buah kenderaan pacuan empat roda telah digunakan untuk menghantar bantuan makanan dan petugas menghadapi kesukaran ke destinasi disebabkan keadaan jalan tanah kuning dan berbukit.

Penghantaran makanan pada hari ini melibatkan 285 Ketua Isi Rumah (KIR) di enam buah rumah panjang tersebut. -EDISI UKAS

Share
0