Kumpulan Bantuan Ibu Tunggal Miri Terima Bakul Makanan

JUMAAT, 11 JUN 2021

MIRI: Kumpulan Bantuan Ibu Tunggal Miri telah menerima bantuan makanan sumbangan Kelab Lion Miri. 

Simbolik penyerahan telah disempurnakan Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin di Perkarangan Kompleks Islam Miri pada Khamis. 

Bantuan bakul makanan ini adalah untuk meringankan beban golongan ibu tunggal yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Sebanyak 50 bakul makanan akan diserahkan kepada golongan ibu tunggal oleh Kelab Sosial, Kebajikan dan Harmoni Miri.

Hadir sama Pengerusi JPBB Miri yang juga Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pengerursi Kelab Sosial, Kebajikan dan Harmoni Miri Connie Tang, Pengerursi Lions Club of Miri Mandarin Mary Yii Sii Ing, Pengerursi Lions Club of Miri Centennial Yeo Hui Hui dan Pengerursi Lions Club of Lutong Richard Goh Geok Nee. -EDISI UKAS

Share
0