Penduduk Rumah Flat Di DUN Padungan Juga Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 10 JUN 2021

KUCHING : Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang bagi fasa pertama telah diagihkan kepada 161 penduduk yang tinggal di kawasan rumah flat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, pada Rabu.

Pengagihan disempurnakan oleh Pemanca Dato John Tiong, bersama pihak Pusat Khidmat Padungan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Rata-rata penerima merakamkan oenghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas bantuan tersebut yang sedikit sebanyak meringankan bebanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. – EDISI UKAS

Share

add comment