PPV Dewan Pembangunan Sebuyau Akan Dibuka 14 Jun Ini

JUMAAT, 11 JUN 2021

SEBUYAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk DUN Sebuyau dijangka dibuka mulai 14 Jun hingga 18 Jun 2021 dengan bilangan yang dijangkakan seramai 600 orang sehari.

Jawatankuasa PPV DUN Sebuyau telah mengadakan gotong-royong untuk persediaan menyiapkan PPV di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Jumaat.

Antara agensi yang terlibat terdiri daripada Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Klinik Kesihatan Sebuyau dan Pusat Khidmat Sebuyau.

Ia juga bagi memastikan PPV dalam keadaan  bersiap sedia serta sempurna agar perjalanan pemberian vaksin di kawasan Sebuyau dapat berlangsung seperti yang dirancangkan.

Justeru itu, para penduduk setempat digalakkan untuk mendaftar sebagai penerima vaksin secara manual di Klinik Kesihatan Sebuyau atau melalui aplikasi MySejahtera.

Dalam pada itu, para penerima vaksin dimohon hadir mengikut jadual dan masa yang telah diberikan untuk menerima vaksin. -EDISI UKAS

Share

add comment