Sekatan Jalan Raya Kampung Tambirat, Asajaya Mula Dilakukan Berikutan Pelaksanaan PKPD

JUMAAT, 11 JUN 2021

KOTA SAMARAHAN: Persiapan untuk Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dilakukan di Kampung Tambirat, Asajaya pada Khamis di beberapa laluan di situ.

Khemah telah didirikan di dua laluan utama Asajaya-Sadong Jaya iaitu berhampiran Jambatan Telok Sabang dan berhampiran persimpangan Ketup, Sambir.

Ia adalah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung berkenaan bermula 11 Jun hingga 24 Jun 2021.

Lebih 3,000 penduduk di kawasan berkenaan terlibat dalam pelaksanaan itu dan mereka diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya semasa melalui laluan berkenaan.-EDISI UKAS

Share

add comment