SPM 2020: Sarawak Catat GPN 5.07

JUMAAT, 11 JUN 2021

KUCHING: Keputusan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sarawak bagi tahun 2020 mencatatkan pencapaian lebih baik berbanding tahun 2019.

Menurut kenyataan media Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada Khamis, pencapaian tersebut adalah mengikut nilai Gred Purata Negeri (GPN) yang mana keputusan semakin baik apabila angka semakin kecil.

Justeru, GPN yang dicatatkan di negeri ini pada tahun 2020 adalah 5.07 berbanding dengan tahun 2019 iaitu 5.18.

Dalam pada itu, calon cemerlang SPM 2020 Sarawak juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.15 peratus iaitu 1.89 peratus berbanding 1.74 peratus bagi SPM 2019.

Sementara itu, bagi calon lulus atau layak sijil SPM 2020 Sarawak pula peratusan juga mencatatkan peningkatan sebanyak 3.22 peratus iaitu 87.83 peratus berbanding 84.61 peratus bagi SPM 2019.

Jumlah calon SPM Sarawak bagi 2020 adalah seramai 32,426 orang.-EDISI UKAS

Share

add comment