1,725 Bakul Makanan Sarawak Diagihkan Kepada Penduduk Dalam DUN Piasau

SABTU, 12 JUN 2021

MIRI: Proses pengagihan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di bawah program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 di diteruskan di kawasan perumahan dan kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau. 

Sebanyak 1,725 bakul makanan diagihkan kepada enam kawasan iaitu Pujut Tanjung Batu, Jalan Pujut 1 dan 2, Kampung Piasau Utara, Piasau Jaya, Perumahan Krokop, Rumah Setinggan Pujut Corner dan Rumah Setinggan Kampung Damai Jaya. 

Pengagihan bakul makanan ini disampaikan sendiri Datuk Bandaraya Miri yang juga Ketua Cawangan SUPP Pujut Adam Yii Siew Sang baru-baru ini. 

Hadir sama Ketua Wanita PBB Pujut merangkap Ahli Majlis Bandaraya Miri Warziedea Ahmad. -EDISI UKAS

Share
0