396 Terima Vaksin COVID-19 Di PPV Balai Raya Sebauh

SABTU, 12 JUN 2021

SEBAUH: Seramai 396 penerima vaksin dari Daerah Sebauh menerima vaksin di di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Sebauh pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 270 melengkapkan penerimaan dos vaksin COVID-19 manakala 126 lagi menerima suntikan vaksin dos pertama. 

Sehingga jam 12 tengahari, jumlah kehadiran penerima suntikan vaksin untuk dos kedua ialah 85 peratus dan 58 peratus kehadiran bagi penerima vaksin dos pertama. 

Sementara, kehadiran penerima suntikan dos pertama pada Sabtu ke PPV Balai Raya Sebauh perlahan disebabkan faktor tempat tinggal yang jauh dan tiada pengangkutan. 

Dalam usaha memastikan peratusan penerima vaksin COVID-19 tidak berkurangan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengisi ruang tersebut dengan senarai menunggu berpandukan senarai temu janji yang dikeluarkan Klinik Kesihatan Sebauh. -EDISI UKAS

Share
0