JUMAAT, 11 JUN 2021
LUNDU : Seramai 480 warga emas dan golongan berisiko tinggi telah mendapatkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech, bertempat di Dewan Masyarakat Lundu pada Jumaat.
Program Vaksinasi Fasa Ke-2 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Lundu itu menyaksikan 300 orang penerima bagi dos kedua manakala 180 orang lagi penerima dos pertama.
Menurut Pegawai Lapangan UKAS yang membuat tinjauan, pelaksanaan program berjalan lancar dan semua yang hadir memberikan kerjasama yang baik kepada para petugas, sekaligus mempercepatkan urusan proses dijalankan.
Dimaklumkan, pada sesi vaksinasi akan datang, kuota dos vaksin dijangka akan bertambah ke 800 hingga 1000 dos sehari bagi daerah Lundu. -EDISI UKAS