625 KIR Kampung Pengkalan Kuap Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

SABTU, 12 JUN 2021

KOTA SAMARAHAN : Kira-kira 625 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Pengkalan Kuap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang, pada Jumaat.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Mohamad Ainnie Wahab bersama dengan Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Jerry Zannuddin Bidin kepada Ketua Kaum Kampung Pengkalan Kuap, Sabawi Bahar untuk diagihkan kepada penduduk.

Jelas beliau, bantuan tersebut merupakan insiatif Kerajaan Negeri dalam meringankan beban golongan B40 semasa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -EDISI UKAS

Share
0