ADUN Gedong Sempurnakan Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Kepada 5,747 KIR

SABTU, 12 JUN 2021

GEDONG : Seramai 5,747 Ketua Isi Rumah (KIR) yang meliputi 61 buah kampung dan rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang, pada Jumaat.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais bersama dengan Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong kepada Ketua Kaum di kampung dan rumah panjang melibatkan Zon Pangkor, Zon Gedong dan Zon Semalatong Ulu Simunjan untuk diedarkan kepada penduduk.

Beliau yang juga Menteri Muda Perdagangan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak ketika ditemui berkata, bantuan tersebut adalah insiatif Kerajaan Negeri Sarawak yang merupakan salah satu pakej di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 untuk isi rumah yang terjejas oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan diagihkan mengikut jumlah isi rumah yang disasarkan terutama yang berada dalam kategori B40.

Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin masyarakat dan penduduk kawasan DUN Gedong kerana memberi kerjasama dalam proses pengagihan bantuan ini sehingga membolehkan urusan pengagihan berjalan dengan lancar.

Turut hadir, Ketua Zon PBB Gedong, Ali Bujang dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong. -EDISI UKAS

Share
0