ADUN Mambong Pantau Perkembangan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

SABTU, 12 JUN 2021

SIBURAN :  Menteri Muda Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil dalam lawatan kerjanya pada Jumaat, telah menyempurnakan simbolik penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang, bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Seratau.

Bantuan berkenaan akan diagihkan kepada 481 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Seratau dan Kampung Premas.

Dalam lawatan sama, beliau turut berkesempatan memantau pengagihan bantuan yang sama diperingkat Daerah Kecil Padawan yang melibatkan 5126 KIR daripada 50 buah kampung dan kawasan perumahan.

Menghargai usaha kerajaan Sarawak dalam membantu rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ketua Kaum Kampung Seratau, Patrick Munai merakamkan ucapan terima kasih dan berharap segala bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. -EDISI UKAS

Share
0