Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Diagihkan Secara Berperingkat Di DUN Stakan

SABTU, 12 JUN 2021

KOTA SAMARAHAAN : Seramai 197 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan dua buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang, pada Jumaat.

Antaranya, Kampung Stakan Melayu (167 KIR) dan Kampung Sungai Pendam (30 KIR).

Penyerahan bantuan disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Mohd Ainnie Wahab kepada Ketua Kampung masing-masing untuk diagihkan kepada penduduk secara berperingkat. -EDISI UKAS

Share
0