Bomba Bantu Agih Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Ke Pedalaman Marudi

SABTU, 12 JUN 2021

MARUDI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala telah memohon bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri untuk menghantar Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan pedalaman Marudi pada Jumaat. 

Penghantaran dilakukan dengan menggunakan khidmat helikopter dari Lapangan Terbang Marudi ke dua kampung di Pa’ Tik dan Ba’ Lai. 

Sebanyak 65 paket dihantar ke Pa’ Tik dan 36 paket ke Ba’ Lai.

Operasi penghantaran bakul makanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke dua kawasan berkenaan. -EDISI UKAS

Share
0