Dr Annuar Tampil Serah Sumbangan Komputer Bantu Kelancaran Pendaftaran Vaksin

SABTU, 12 JUN 2021

SIBU: Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee tampil menyerahkan sumbangan komputer riba bagi melancarkan pendaftaran program imunisasi COVID-19 di Sibu.

Sumbangan tersebut diserahkan beliau yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi kepada Pusat Pemberi Vaksin (PPV) di Stadium Tertutup Sibu pada Sabtu.

Sementara itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Fasa 2 bagi daerah Sibu untuk golongan warga emas pada hari yang sama menyediakan 756 dos untuk penerima dos pertama dan 840 dos untuk penerima dos kedua.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Micheal Tiang Ming Tee yang turut bertugas sebagai sukarelawan ketika ditemui menyeru orang ramai untuk bersama-sama menjadi sukarelawan bagi membantu melancarkan program vaksinasi.-EDISI UKAS