Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Bagi DUN Simunjan Diteruskan

SABTU, 12 JUN 2021

SIMUNJAN : Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan diteruskan di empat buah kampung melibatkan 1,032 buah rumah, pada Jumaat.

Ia merangkumi Kampung Nanas, Kampung Hijrah, Kampung Kelka dan Kampung Sageng.

Bantuan diagihkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). -EDISI UKAS