Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Di Lingga Diteruskan

SABTU, 12 JUN 2021

SRI AMAN: Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga diteruskan lagi ke kawasan Stumbin dan Tanjung Bijat Sri Aman pada Sabtu.

Ia merupakan lokasi terakhir bagi pengagihan bantuan bekalan makanan itu dan penyerahan telah dilakukan oleh Kaunselor Kunjang Nanang yang mewakili Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga.

Beliau yang mewakili ADUN Lingga, Simoi Peri telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang prihatin dengan rakyat khususnya di DUN Lingga.

Untuk rekod, seramai 4,226 Ketua Isi Rumah (KIR) di DUN Lingga akan mendapat bakul makanan daripada kerajaan Sarawak. -EDISI UKAS